1.
Kenapa kita
perlu belajar Al quran ?
Untuk tahu perintah dan larangan
Allah serta untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Nabi Muhammad adalah manusia terbaik. Nabi belajar quran
dan mengajarkan quran pada sahabat. Mereka telah dijamin syurga oleh Allah pada
masa mereka masih hidup di dunia lagi.
Kalau kita ingin menjadi terbaik
maka jadilah seperti mereka ---belajar dan mengajar al-quran.
Daripada Uthman
RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang
yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (Hadith
riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا
الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya:
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai
syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]
Daripada
Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَمَا
اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ،
وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ،
وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ،
وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ
يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Maksudnya:
“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil
membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan
kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan
Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut
mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat
mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]
- Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi
SAW bersabda:
مَن
قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ
بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ
وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa
yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap
kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku
tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf
dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]
- Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
يُقَالُ
لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي
الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Maksudnya:
“Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana
kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat
terakhir yang kamu bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (66:6)
2.
Macam mana nak faham / belajar ayat Al – Quran
?
Kene belajar Bahasa Arab …kenapa? Al- quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Kunci
untuk memahami Al-quran adalah dengan belajar Bahasa Arab.
Sesungguhnya
Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,
supaya
kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (12:2 )
3.
Senang ke susah nak belajar al-quran ? . Allah
beritahu quran senang untuk dipelajari
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?.
Allah
dah mudahkan Al-quran!! Ada sesiapa yang mahu belajar?
Ayat al-quran berulang----kenapa
banyak ulangan----kerana ayat itu penting dan juga satu bentuk penegasan.
-
Bila banyak ayat2 yang diulang maka
mudah diingati.
-
Di samping itu Allah beri contoh
bagaimana nak belajar al-quran dan mengamalkannya iaitu Nabi dan para sahabat
sebagai ikutan.
4.
Untuk mendapat kefahaman al-quran yang betul
kene mujahadah. Nabi dan para sahabat mengambil masa selama 23 tahun.
Dan
orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
-
Sabar dalam menuntut ilmu
-
Sanggup bersusah payah
-
Kepatuhan kepada guru
-
Istiqamah
-
Al-quran turun berperingkat selama 23
tahun . Jadi
Contoh sabar dalam menuntut ilmu
adalah kisah nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir suruh Nabi Musa
bersabar kalau ingin belajar dengannya.
Allah akan bantu hambanya yang bersungguh
sungguh untuk berjihad di jalannya.
“Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia
adalah orang yang berjihad fi sabilillah sehingga ia kembali”. (Riwayat
oleh Tirmidzi)
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,
maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
5.
Nabi Muhammad tidak bercakap dengan fikiran
atau pendapatnya sendiri. Semua yang nabi sabdakan adalah wahyu dari Allah.
Dan ia
tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. ( 53:3)
Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya.
6.
Kalau nak Allah sayangkan kita , kita kena
ikut Nabi-
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( 3:31 )
Macam mana ikut Nabi ? ikut semua apa yang baginda buat dari segi ibadah
dan muamalat.
Jangan buat ibadah yang baginda tidak buat.
7.
Jangan tergesa – gesa belajar Al – Quran
kerana Allah yang akan beri kefahaman dan Allah yang akan bagi kita ingat.
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz
Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum
selesai dibacakan kepadamu). 75:16
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan
kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
8.
Sampai bila nak kena belajar al- quran ?
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap)
yakin. ( kematian )